Hari ni aku baru menonton filem TALENTIME nie dekat box office astro.. erm jalan cerita sangat menarik. sampaikan ku menangis la menonton filem arahan arwah Yasmin Ahmad nie. Aku mmg minat arahan beliau kerana ada unsur-unsur kemasyarakatan sesama manusia..
tapi yang pasti best. Memang patut dpt award yg terbaik...
Sinopsis nya: Talentime mengisahkan pergolakan yang berlaku dalam 2 buah keluarga berlainan bangsa dan agama iaitu sebuah keluarga Melayu-Inggeris dan sebuah lagi, India konservatif.
Zuriat dari 2 keluarga ini telah bertemu dan ia memutikkan bibit-bibit cinta tanpa si dara itu, Melur, mengetahui rahsia peribadi teruna India terbabit, Mahesh.
Satu lagi pergolakan bertumpu kepada seorang pelajar Melayu dan Cina berhubung kebolehan mereka yang berbalut prejudis. Akhirnya pentas Talentime (juga boleh disebut Tale ‘N’ Time) menyatukan segala perasaan, merungkai prasangka lalu menjadi sesuatu yang manis dan cukup mengharukan.
*sape yg lom menonton cerita nie..gi la beli cd ke or langgan box office astro rm10 jer hehehe..*~~Zuriat dari 2 keluarga ini telah bertemu dan ia memutikkan bibit-bibit cinta tanpa si dara itu, Melur, mengetahui rahsia peribadi teruna India terbabit, Mahesh.

.png)